promo

promo

Thursday, December 9, 2010

azam tahun baru..sempena maal hijrah

salam Maal Hijrah..
happy new year..;P..
dalam sedar x sedar da melangkah ke tahun baru da pun kita ek..
bermakna usia kita ni sudah semakin tua.. ish2..
tau tak kita kalendar islam kalau na dibandingkan dengan kalendar kafir laknatullah yang kita selalu pakai ni, setiap 30 tahun kita bersamaan dengan 31tahun dalam kalendar islam..
bermaksud saudara saudari.. kalau anda rasa anda sudah tua.. sebenarnya anda lagi tua dari yang anda sangka.. huhu..
bila lihat kat facebook, dapat tgk status "hi december" , " bye2 2010".. "welcome 2011".. rata2 menunggu dan menyambut dengan gembiranya.. aku pun begitu.. itu yang tersentap pagi tadi bila dengar ceramah ustaz .. ni yang bagusnya kerja kerajaan kat johor ni.. seringkali kita disentapkan dengan peringatan2 oleh ustaz2 sewaktu ceramah.. kalau xde orang na sentap kita dengan peringatan2 camni.. fuhhh.. hanyutttttttttt... al maklum, iman umat akhir zaman ni setebal kulit bawang je.. ok.. bila sudah tiba tahun baru.. mesti mau azam kan.. selepas difikir2 balik.. adalah lebih mulia dan rasionalnye kalau kalau azam tahun baru dilakukan waktu maal hijrah daripada 1 januari.. cuba kita fikir, apa kejadahnya kita na berazam bila 1Jan ek..kenapa x 1 december,2 mac,24jun.. haa..mesti blur kan..takat mengatakan sempena bermulanya tahun baru tu.. alah.. alasan x konkrit.. citt.. g cari alasan lain!!.. ok.. sekarang kenpa azam sempena maal hijrah lebih relevan.. sebab sewaktu akhir tahun maal hijrah, segala amalan kita sudah diangkat di langit.. kira cam tutup buku r.. dalam term accounting kira cam da closing date r.. so apabila tibanya 1 muharram.. bahu kiri dan kanan kita kosong dengan segala catitan amalan .. so fresh r.. kita mula dengan baru.. waktu ni lah kita harus berazam.. waktu amalan kita baru na dicatitkan semula.. supaya kita akan jadi lebih baik.. undertand?? good2..

so sempena maal hijrah dan selepas mendengar ceramah ustaz.. molek benar kiranya aku ini berazam untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas.. telah diperincikan azam2 ini menjadi lebih terang dan detail.. azam2 aku terdiri daripada 5 azam..

azam pertama
aku ingin berhijrah dari segi sikap dan perbuatan aku.. aku ingin lebih hormat kepada orang tua.. lebih rendah diri..da xmo sombong2 dah.. kalau jumpa orang susah aku na tolong.. xna dengki2 orang da.. xna kutuk orang da (kutuk gurau dan kutuk niat menyakitkan hati lain ye).. aku na lebih menyenangkan hati mak ayah dan saudara mara aku.. xna berkira da.. na lebih tolak ansur.. xna mara2..na lebih tenang bila handle conflict.. na jadi lebih disiplin.. jadi lebih baik..jadi lebih baik.. jadi lebih baik.. (3 kali tulis da ni, harap makbul).. : )

azam kedua
berhijrah untuk lebih beramal dan mentaatkan diri kepada Allah S.W.T.. untuk lebihkan solat.. yang penting cukupkan 5 waktu.. dah x perlu disuruh dan diingatkan untuk solat.. untuk memperbanyakkan membaca al-quran.. rasa cam na beli cd al-quran la plak na pasang kt kereta...bagus idea ni..;).. na penuhi 5 rukun islam.. na kuatkan 6 rukun iman.. na lebihkan sedekah.. kalau boleh na kiamullai.. (nyesal kot dulu selalu ponteng kiamullai)..

azam ketiga
untuk meningkatkan ilmu dan pencapaian.. x cukup ilmu yang aku ada ni.. setelah mengamalkan hobi membaca blog2 orang recently.. telah dikesan dalam diri ini sangat kurang ilmu.. tgk orang tulis jd blur.. sungguh tinggi ilmu diorang.. kocik je den rasa diri den ni.. tapi xpe.. then aku tambah ilmu ni.. akan study lebih2 sket.. hehe.. x kisahla ilmu ape pun.. janji tahun ni aku na jadi lebih pandai dari tahun sudah.. ; )

azam keempat
untuk meningkat taraf hidup ke satu tahap lebih selesa.. gaji memang le cenggitu je.. kalo baru setakat berazam xde la gaji tu na directly jadi 2kali ganda.. kalo camtu hari2 aku na berazam.. ak berazam na memperkuatkan kualiti pengurusan kewangan untuk diri ini.. tahun lepas berakhir dengan boleh kat alhamdullillah la.. sbb byk gak da capai.. mungkin tahun ni x byk yang na dicapai.. tp ada satu yang sgt besar aku na capai.. kahwin (al maklum la, saya nisudah tua..) ; P.. haha.. dan disamping itu.. na byr hutang2 lama.. na setel credit card.. na labur lebih dalam asb.. aku na setip hujung bulan aku tertekan.. mengamalkan perbelanjaan berkhemah tetapi bukan kedekut.. fuuhhh..dengar cam senang.. tp susah kot.. xpe.. chaiyok!!!

azam kelima
azam yang paling penting.. aku ingi menjadi muslim yang sejat.. mengamal kan islam yang syumul.. mengikuti perintahnya dan menjauhi larangannye.. kerana hidup ini sering kali lalai dalam kehidupan.. selalu tersesat.. dan menyesal.. mungkin kerana ibadat yang lepas2 pun kurang.. so mungkin dengan combination azam kedua dan azam kelima menjadikan aku lebih mulia di sisi Allah S.W.T.. hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah.. berpegang teguh ajaran islam..sanggup mati mempertahankan islam dan sesama muslim..memartabatkan islam di pandangan orang sekeliling terutama orang2 kafir..insyaallah..

azam tahun baru sudah dirangka.. kini tinggal untuk dilaksana.. semoga diberi petunjuk dan hidayah.. dan diperingatkan tentang 5 azam ini sentiasa.. amat terkurang ilmu di dada..harap ditegur setiap masa.. sekian dari saya..

salam maal hijrah..
hurrayy.. suda tahun baru!!!..
;P..

No comments:

Post a Comment