adakah rakan - rakan anda mengatakan anda kurang fokus bila membuat sesuatu?
a. tidak pernah
b. kadang - kadang
c. tidak pasti
d. selalu
e. setiap masa
jawapanya : b. kadang - kadang..
believe it or not.. soalan ni keluar sebagai soalan exam SPA..
nasib baik boleh jawab.. giler susa soalan ni.. bukan calang - calang orang bole jawab ni.. hanya orang yang betul - betul fokus je bole jawab.. haha
kenapa aku kata kadang - kadang..
sebab aku mula dengar orang kata aku tak fokus ialah masa kat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..
antara peristiwa - peristiwa yang aku boleh ingat yang menjerumus ke kancah tidak fokus ini adalah..
1. aku lupa yang aku bawak kereta pergi kelas so bila abis kelas aku terus jalan kaki balik bilik kawan aku dan membiarkan kereta aku di parking lot .
2. aku hendak keluar (x ingat na pergi mana).. so aku berjalan ke parking kereta blok bilik kawan aku.. tapi kereta aku tiada..ishh mane kereta aku ni..
3. aku pun teringat yang kereta aku ada dekat blok bilik aku.. so dari parking kereta blok kawan aku , aku pun berjalan kaki yang boleh tahan jauh ke blok aku untuk ambil kereta.. kereta aku tiada!!! risau aku dibuatnya.. ishh.. abisla aku.. kereta aku xde ni..
4. aku pun berfikir camne kereta aku boleh tiada.. adakah disebabkan aku lupa kunci kereta (ini memang biasa).. tiba-tiba dahi ini berkerut..mulut ku automatik sengetke kanan.. ingin menepuk dahi dengan kuat tapi niat itu dibatalkan.. kereta aku kan tadi aku bawak pergi kelas!!!!.. dengan tidak bersalah aku pergi ambil kereta aku.. dan peristiwa itu disaksikan oleh kawan - kawan aku..kantoi..hurrmm..
5. aku parking kereta dekat sekolah teknik gombak.. kali ini aku betul - betul pasti kereta aku memang di park kat sini.. aku pun breakfast la dekat kedai makan berhampiran..
6. selepas selesai breakfast.. dengan senang hati aku pun bergegas ke kereta kerana harus bersedia untuk pergi peperiksaan.. sekali lagi.. kereta aku hilang!!!!..
7.apekah semua ini.. adakah ini hukuman kerana aku selalu alpa ngan duniawi.. hurmm..hati aku berdegup kencang selama beberapa saat.. kereta hilang wei!!!.. apa aku na jawab.. hurmm.. tiba - tiba...
8. kepala ku toleh ke kiri.. eh!! tu kereta aku, kenapa bole parking kat situ plak.. aku sure sangat aku parking kat sini..eh!!.. kenapa kereta aku depan terjongket.. kereta aku hampir masuk longkang!!.. tayar belakang da berada di awang - awangan longkang da.. bila di semak kembali punca kereta begerak secara misteri ini.. baru ku sedari.. handbrake kereta tak tarik.. terasa ingin menepuk dahi sekali lagi.. nasib baik ada yang menolong.. dan peristiwa ini juga disaksikan kawan - kawan aku..
9. dan beberapa kali kereta xle start kerana bateri kereta mati sebab lupa tutup lampu kereta
10.tidak lupa juga salah pakai selipar.. hilang wallet berkali - kali.. berus gigi pakai facial wash.. kunci bilik hilang.. dan adalah satu dua lagi yang tidak ditulis
so jawapan b. kadang - kadang adalah amat tepat..
sebab aku bkn selalu tak fokus..kadang - kadang jer..;)
ok.. nanti tulis lagi..
haha. ni bukan tak fokus. ni namenya nnyuk tahap gaban! haha
ReplyDeletelawak lah kamu!
kadang-kadang je..selalu normal je..;P
ReplyDelete