apabila mata tertutup rapat..
tubuh terbujur kaku..
kerutan alis mata sudah tidak kelihatan..
dada sudah berhenti mengembang dan menguncup..
pernafasan sudah terhenti..
insan itu sudah pergi..
perginya insan ke alam lain..
ke alam kubur..
menunggu hari untuk dibangkitkan kembali..
sambil di soal mungkar dan nangkir..
doa anak menjadi bekalan..
kasih isteri jadikan kenangan..
yang masih hidup meratapi pemergian..
yang pergi, sudah tenang dan damai..
hati manusia..
sedih bila ditinggalkan..
syahdu bila terkenangkan..
sayu bila mengingatkan..
tentang yang pergi , yang tidak kembali..
sedih memang sedih..
tapi harus diingat..
yang hidup masih memerlukan..
yang pergi cuma ingin doa sebagai bekalan..
setiap pengakhiran bermula lagi suatu pengharapan..
cuma tidaklah nampak harapan itu dengan sekelip mata..
harus redha dan tawakal..
senyum.. walaupun dalam kesedihan..
kerana itu ubat segala kemurungan..
pada yang sedih kerana hilangnya insan yang tersayang..
janganlah khuatir, kerana yang masih hidup masih ada yang sayang..
perginya seorang ayah..
perginya seorang suami..
perginya seorang atuk..
perginya seorang abang..
perginya seorang adik..
perginya seorang kawan..
perginya seorang pakcik..
perginya seorang jiran..
perginya seorang umat..
perginya seorang pahlawan..
semoga Allah memberkati pemergian ini.. semoga segala amalannya diterima..
kehilangannye ditangisi bukan kerana ingin melawan takdir Allah..
pemergianya ditangisi kerana insan ini amat istimewa untuk insan lain di muka bumi..
Al - Fatihah..
No comments:
Post a Comment