promo

promo

Monday, November 29, 2010

perginya seorang insan

apabila mata tertutup rapat..
tubuh terbujur kaku..
kerutan alis mata sudah tidak kelihatan..
dada sudah berhenti mengembang dan menguncup..
pernafasan sudah terhenti..

insan itu sudah pergi..

perginya insan ke alam lain..
ke alam kubur..
menunggu hari untuk dibangkitkan kembali..
sambil di soal mungkar dan nangkir..

doa anak menjadi bekalan..
kasih isteri jadikan kenangan..
yang masih hidup meratapi pemergian..
yang pergi, sudah tenang dan damai..

hati manusia..
sedih bila ditinggalkan..
syahdu bila terkenangkan..
sayu bila mengingatkan..
tentang yang pergi , yang tidak kembali..

sedih memang sedih..
tapi harus diingat..
yang hidup masih memerlukan..
yang pergi cuma ingin doa sebagai bekalan..

setiap pengakhiran bermula lagi suatu pengharapan..
cuma tidaklah nampak harapan itu dengan sekelip mata..
harus redha dan tawakal..

senyum.. walaupun dalam kesedihan..
kerana itu ubat segala kemurungan..
pada yang sedih kerana hilangnya insan yang tersayang..
janganlah khuatir, kerana yang masih hidup masih ada yang sayang..

perginya seorang ayah..
perginya seorang suami..
perginya seorang atuk..
perginya seorang abang..
perginya seorang adik..
perginya seorang kawan..
perginya seorang pakcik..
perginya seorang jiran..
perginya seorang umat..
perginya seorang pahlawan..

semoga Allah memberkati pemergian ini.. semoga segala amalannya diterima..
kehilangannye ditangisi bukan kerana ingin melawan takdir Allah..
pemergianya ditangisi kerana insan ini amat istimewa untuk insan lain di muka bumi..
Al - Fatihah..

Friday, November 26, 2010

bukan tak fokus.. cuma kurang fokus jer..

adakah rakan - rakan anda mengatakan anda kurang fokus bila membuat sesuatu?
a. tidak pernah
b. kadang - kadang
c. tidak pasti
d. selalu
e. setiap masa

jawapanya : b. kadang - kadang..

believe it or not.. soalan ni keluar sebagai soalan exam SPA..

nasib baik boleh jawab.. giler susa soalan ni.. bukan calang - calang orang bole jawab ni.. hanya orang yang betul - betul fokus je bole jawab.. haha

kenapa aku kata kadang - kadang..

sebab aku mula dengar orang kata aku tak fokus ialah masa kat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..

antara peristiwa - peristiwa yang aku boleh ingat yang menjerumus ke kancah tidak fokus ini adalah..

1. aku lupa yang aku bawak kereta pergi kelas so bila abis kelas aku terus jalan kaki balik bilik kawan aku dan membiarkan kereta aku di parking lot .

2. aku hendak keluar (x ingat na pergi mana).. so aku berjalan ke parking kereta blok bilik kawan aku.. tapi kereta aku tiada..ishh mane kereta aku ni..

3. aku pun teringat yang kereta aku ada dekat blok bilik aku.. so dari parking kereta blok kawan aku , aku pun berjalan kaki yang boleh tahan jauh ke blok aku untuk ambil kereta.. kereta aku tiada!!! risau aku dibuatnya.. ishh.. abisla aku.. kereta aku xde ni..

4. aku pun berfikir camne kereta aku boleh tiada.. adakah disebabkan aku lupa kunci kereta (ini memang biasa).. tiba-tiba dahi ini berkerut..mulut ku automatik sengetke kanan.. ingin menepuk dahi dengan kuat tapi niat itu dibatalkan.. kereta aku kan tadi aku bawak pergi kelas!!!!.. dengan tidak bersalah aku pergi ambil kereta aku.. dan peristiwa itu disaksikan oleh kawan - kawan aku..kantoi..hurrmm..

5. aku parking kereta dekat sekolah teknik gombak.. kali ini aku betul - betul pasti kereta aku memang di park kat sini.. aku pun breakfast la dekat kedai makan berhampiran..

6. selepas selesai breakfast.. dengan senang hati aku pun bergegas ke kereta kerana harus bersedia untuk pergi peperiksaan.. sekali lagi.. kereta aku hilang!!!!..

7.apekah semua ini.. adakah ini hukuman kerana aku selalu alpa ngan duniawi.. hurmm..hati aku berdegup kencang selama beberapa saat.. kereta hilang wei!!!.. apa aku na jawab.. hurmm.. tiba - tiba...

8. kepala ku toleh ke kiri.. eh!! tu kereta aku, kenapa bole parking kat situ plak.. aku sure sangat aku parking kat sini..eh!!.. kenapa kereta aku depan terjongket.. kereta aku hampir masuk longkang!!.. tayar belakang da berada di awang - awangan longkang da.. bila di semak kembali punca kereta begerak secara misteri ini.. baru ku sedari.. handbrake kereta tak tarik.. terasa ingin menepuk dahi sekali lagi.. nasib baik ada yang menolong.. dan peristiwa ini juga disaksikan kawan - kawan aku..

9. dan beberapa kali kereta xle start kerana bateri kereta mati sebab lupa tutup lampu kereta

10.tidak lupa juga salah pakai selipar.. hilang wallet berkali - kali.. berus gigi pakai facial wash.. kunci bilik hilang.. dan adalah satu dua lagi yang tidak ditulis


so jawapan b. kadang - kadang adalah amat tepat..

sebab aku bkn selalu tak fokus..kadang - kadang jer..;)

ok.. nanti tulis lagi..

Thursday, November 25, 2010

~ SYAMIL ~

smalam pergi rumah uncle yem.. call2 cakap x sihat so begegas pergi sana.. sampai sana uncle yem nye yang sakit x blk umah lagi.. tp yang ada kat umah syamil yang tersangatla sihat.. da pandai na jerit-jerit kat orang.. eh ko ni shamil.. panggil la orang elok2.. ni x.. panggil orang jerit ei! ei!.. kurang sopan tau x..

nasib baik la ko ni comel..
nasib baik la aku ni sayang ko..
xpe aku kasi can.. lagi 10tahun ko panggil aku camtu aku siap r ko..




dengan berlagaknyer makan biskut sambil jerit-jerit comel.. huhu..

nasib ko la sebab orang sayang ko..

p/s : macam nak belikan baju manchester united untuk baby thru online la plak untuk budak ni.. cam style je..hehe

lain kali tulis lagi..

Wednesday, November 24, 2010

kadang-kadang lagi lama lagi bebal..

waa.. tajuk cam kurang ajar..
bukan kurang ajar..cuma kurang adap..
ini bukan sebab bengang ke ape..just pandangan ikhlas je..

lagi lama lagi bebal..
maksudnye, lagi lama ko bwat kerja tu or lagi experience ko dalam sesuatu kerja tu boleh membuatkan ko menjadi bebal..
FAHAMKAN..

ini bukan untuk semua orang.. x ramai pun orang macam ni.. ade lah 2-3 orang..
2-3 orang ni lah yang mencacatkan struktur organisasi tersebut..
kalau kau pandai sangat, kenapa kau x terus jadi bos..kenapa masih di takuk lama menerima arahan orang sebagai kuli cabuk..

ok..kalo ko manager pun kau ni dikira sebagai kuli cabuk jugak bagi aku..sebab masih menerima arahan.. cuma kau na jadi kuli cabuk yang bagus or just menumpang populariti organisai kau sekadar jadi free rider.. tu je.. simple je kan..

bwat bisnes sendiri.. so ko na bebal ko punya hal.. xde kena mengena ngan rakan sekerja ko.. sbb ko da xde rakan sekerja cuma ade orang bawahan je..hehe..

walaupun ada orang lagi baru dari kau.. tolong jangan bodoh sombong dengan dia.. mungkin dia agak blur (semua orang baru mesti blur la wei).. tapi ade sebab dia dimasukkan dalam organisasi yang kau dah sedia masuk tu.. lagi-lagi kalau yang masuk tu position dia atas kau.. jangan sombong.. jangan ingat kau orang lama kau da pandai.. sebab ko "pandai" sangat ko dikekalkan kat position ko.. kalau x da lama ko naik pangkat..

walaupun orang baru tu bawah kau.. jangan kau underestimate plak.. monyet pun kalu diajar buat benda yang sama tiap-tiap hari at last dia bole tau buat jugak la.. so jangalah pandang budak bawah kau ni sebelah mata.. oii!! budak baru pun ade degree la.. ntah-ntah result pointer lagi gempak dari kau.. ko pun masa masuk ntah lagi blur dari dia.. nasib kau baik je senior ko tolong.. haha..

jangan sombong la wei .. siapa pun kita.. kita terer camne pun..satu hari nanti orang lain tetap akan lagi terer ngan kita..setinggi mana pun kedudukan kita, satu hari akan ada orang lagi tinggi dari kita walaupun orang tu dulu bawah kita.. kalo na terer sepanjang masa, g sambung belajar.. kalo da rasa power sangat jadi accountant, pergi la belajar jadi engineer plak.. biar terer dua2.. baru r terer btol.. poodahh!!..



buat kerja sorang-sorang kalau kau pandai sangat .. jadi r kau camni.. haha

Tuesday, November 23, 2010

Sape kata orang gemuk dipinggirkan

gemuk la ko ni..
kenapa ko gemuk sangat..
eh, tengok orang tu gemuk la..



kenapa la kita ingat gemuk ni selalu dikaitkan dengan perasaan negatif..
tidak sepenuh masa gemuk ni negatif..
adakala gemuk ni boleh bertukar jadi positif..
lihat sahaja artis-artis yang gemuk..
afdlin shauqi,bob lokman, Kuman, adibah noor..
damm.. diorang sangat cool ok..

bila kita gemuk, orang akan pandang kita..
pernahkah kita alami, bila dalam ramai-rama orang kurus.. tiba-tiba ade seorang yang gemuk..
confirm yang gemuk tu orang akan suka.. akan gelak ketawa..kadang-kadang siap dipilih jadi leader lagi..
first impression because kau gemuk so ko mesti kuat dan ramai follower.. WTH!! (tak puas hati)

pernah aku alami satu kenangan yang tidak berapa na best..
masa aku mula-mula masuk universiti dulu, aku telah dengan suka hatinye bersama kawan-kawan kepala senget ku join Kursus BTN kat nun jauh di utara sana..
masa tu semangat melayu meluap luap..
sebelum bertolak.. aku dan dua orang kawan aku yang gemuk telah berjumpa dengan pemimpin kami (choi!!! pemimpin cam poyo la plak,).. ok la.. bukan pemimpin la, kira senior la.. arghh..x penting pun aku na panggil ape..

senior tu bagi la arahan yang macam-macam.. bunyi memang macam serius.. bunyinye lebih kurang macam ni " hang pi sana nanti, aku na hang suma tengok sapa budak-budak hang yang hang rasa bagus,kita amik nama dia nanti bagi dia jadi exco(ajk) persatuan kita".. bunyi mmg serius..aku yang dengar ni pun tiba-tiba jadi serius..

selepas tu dia bebel la panjang-panjang yang aku pun tak ingat dia cakap ape.. tp ayat last tu memang gua menyirap giler..

ayat last die berbunyi "Bob, hang kumpul budak-budak hang,kita da na gerak.. haa,bob lagi satu,hang pun kumpul budak-budak hang jugak..jangan ada yang tinggal.. nazim..urmmm.. apa hang bulih buat haa.. xpe r.. hang ikut je macam orang lain.."

CAM CI!!.. panas je telinga aku.. padahal dia baru je kenal ktewang.. kenapalah senior mamak aku ni bersikap acuh tak acuh dengan aku.. mentang-mentang aku tidak secomel yang lain.. ingat xde orang na ikut cakap aku ke..chehh..sampah tul la mamak ni..

banyak lagi la yang aku tak puas hati bila diri ini di diskriminasi oleh kaum - kaum berbadan besar ini.. selalu orang pandang tanpa perlu berusaha lebih.. tap ok la.. at least aku tahu aku perlu berusaha bila na buktikan kehadiran kita sekaligus mengasah bakat yang terpendam dalam diri, bukan mengharapkan tubuh fizikal yang menjolok mata..

kepada yang berbadan besar..janganlah rasa segan dan silu kerana tubuh anda.. kerana kami si kecil ini kadang-kadang berasa cemburu juga dengan lebihan-lebihan itu.. ;)

jagalah kesihatan walaupun badan anda cam tong dram kerana itu lebih penting..janganlah gemuk gedempol..x elok untuk kesihatan.. berisi sedikit tu xpe r..hehe..

Monday, November 22, 2010

once upon a time, during hari raya haji...

huarghhh...
sedap btol menguap depan orang ramai..
betapa strategiknyer diorang ni letak aku..
arghh..malas fikir pasal tu..

Raya Haji berakhir dengan meriah!!
aktiviti best di hari raya.. tidur,makan,tidur dan makan kembali.. disudahi dengan permainan bowling yang tidak seberapa.. aku benci bowling bile aku kalah..aishh..

lupalak.. masa malam raya.. sudah tidak ada lagi majlis di rumah datuk sedara ku yang tercinta.. so aktiviti baru di malam raya..BBQ sambil berdoa selamat.. hurraahh..


kalo lembu ni dibuat korban dan BBQ, mesti masyuk..

sedang ustaz muaz mengepalai pembacaan doa selamat di rumah.. aku pula mengetuai gerakan pembakar2 ayam dan daging2 di atas baraan api yang hidup segan mati x mahu..
api x seberapa tapi badan memang bau asap giler!!..

OMG.. suddenly sebuah kereta parking depan rumah aku.. di usha2 baru aku perasan itu adalah siti.. ini siti bukan awek aku da.. ini bini kawan aku da.. sudah couple dari form 3 lagi.. dan sekarang da kahwin dan beranak satu.. hurmm..termenung panjang seketika mengenang nasib sendiri..

terkejut besar melihat bini si zuhdi ni.. aku menggagahkan diri bertanya.."zuhdi mane?".. jawapnye "zuhdi kerja kat melaka, ahad baru balik.."

lol..ape punya suami da.. raya hari rabu pastu lu boleh na kerja sampai ahad plak.. kt melaka plak tu.. x ksian kat bini langsung.. (ini yang tercetus kat minda aku secara spontan time tu).. tapi apabila suda dipositivekan secara rasionalnya, sangat bagus budak zuhdi ni, hari raya pun kerja untuk tanggung anak bini..hehe

anaknye sgtla comel.. hurmm.. camne na cakap ek..
siti ni sgtlah tabah.. sanggup merantau dari KL ke JB dengan suami..
sangat salute sama lu la siti..

dan zuhdi.. aku sangat hingin berjumpa sama kau.. kau hutang aku story yang sgt banyak..

tulisan ini bersambung lain kali..

Tuesday, November 9, 2010

budak-budak zaman sekarang

pagi pergi kerja tengok muka adik aku bersenam di halaman rumah.. dengan gaya yang macam pro lengkap dengan kasut skate dan skateboard baru yg aku belikan semalam.. skateboard tu mahal na mampus ok.. aku x pernah beli pun skateboard seumur hidup ni sbb main skate pun ala kadar je(takat lompat bodoh jer).. tapi nasib baik we have a nice neighbour yang ade satu kedai jual skateboard.. so dapat la giler walaupun still mahal bagi hamba yg masih perlukan duit untuk berjoli sakan.. tapi xpe r.. hadiah hari jadi.. APE ADE HAL .. abang kau ni kan kaya raya.. haha..

enough about the skateboard.. roda da tanggal da pun sbelum aku sempat g kerja.. kelakar giler.. baru lompat-lompat ala kadar da tertanggal roda.. panas je dier.. hahaha..dah r beli mahal.. baru kejap da tanggal..

ok..
budak - budak sekarang ni senang sangat dapat barang..
mintak je dapat.. paling kurang pun dapat pelempang dulu..pastu mestin dapat barang yang die nak..
kalau zaman - zaman muda aku dul..
kalo hip hop kita, hip hop je r....
kalo grudge..grudge je la..
kalo skinhead..skinhead jela.. (skola aku dulu byk skinhead ok)

so cost kita dulu x tinggi.. na bergaya pun senang.. sebab kita hanya fokus pada satu.. and x ramai pun yang terlibat dengan gejala mengarut ni..

sekarang.. budak-budak ni serba serbi boleh jadi..
punk,shuffle,streetwear n mcm2 lagi la yang melangkaui pemikiran aku..
taste pun na tinggi..
adik aku darjah 6 kalo beli baju sehelai boleh cecah RM100++.. gilooo..

tapi na bwat camne..
kalo x beli, kawan-kawan semua ada.. kang dia xde malu plak..
lagi-lagi sekarang kan era justin biebier..
so mesti mau sama ngan justin biebier baru ade style..
so sanggup pakai kasut but warna ungu cerah ade stripe2 walaupun setakat pergi Giant (ni bukan adik aku ok, ni adik mane ntah aku x kenal)..

xde ha la kalo budak-budak sekarang ne bergaya pun.. tapi kalau boleh biarlah seiring dengan prestasi.. ini pakai mengalahkan model tapi muka cam hampeh jer.. gaya macam bagus tapi bodoh.. sekolah pun na ponteng.. lawan cakap mak ayah. padahal mak ayah la setengah mampus cari duit na besarkan die dan memewahkan dia..

pening aku tengok budak-budak zaman sekarang..hari minggu bersidai kat shopping mall.. muka masing-masing na kerek.. sekali aku shoot muka tu baru tau.. ingat gangster la tu.. siap skali pakai baju tutup "dada" je..perghh..seksi habis.. kalu macam Eva Mendez memang gua x kelip mata r tengok.. ini kalo setakat form 2, kurus kering.. ape la yg ade sgt pun..kuciwa den..

Adoi budak-budak.. tolonglah ingat awak tu pakai duit mak bapak lagi..
so nama mak ayah tu dah dicop kat dahi tu besar-besar..
so prangai x snonoh nanti mak bapak jugak yang malu..


untungnyer kita kalau na dibandingkan dengan budak ini

dah la..tu je setakat ini..
nanti tulis lagi..

kerja kerja dan kerja

tiada kerja..
kalau ade tidak mengapa..ini tidak..
duduk makan gaji buta..
tengok orang ngumpat sini sana..

sudah ada kerja..
semuanye hendak disiapkan dalam satu masa..yang kau tercongok tengok aku ngadap komputer itu buat ape..
ko sendiri tidak ada kerja ke..

kerja da siap..
pandang kiri kanan tengok orang sibuk giler..
aku blur tidak tahu mengapa..
oooo rupanyer ade orang besar esok hendak datang melawat kita..

kerja dia tidak siap..
Pastu sibuk jalan-jalan tempat orang..
muka rilek jerr..
dah keluar minum pagi dan petang..





p/s : entry mengarut sewaktu menunggu akaun ku disemak auditor..

tulis lagi lain kali..

Monday, November 8, 2010

mahu tayang awek..

ok.. sekarang saya na tayang awek..
sbb awek saya ni best..saya suka r jadi bf dier..




dia ni lawa.kan lawa tu..boleh tahan r kan. nasib saya ni bole tahan handsome ..walaupon muka serabai,selekeh,rambut cam haram.. seluar x basuh dan mcm2 yg bole menjatuhkan reputasi seorang lelaki macho..

saya sgt romantik ok..
dia x romantik..
garang.. cam rimau..
xna tulis in relationship kt facebook.. bkn sbb jaga market.. tp tak senonoh plak rasa setelah mengutuk orang - orang yang poyo declare in relationship pastu kita plak yg letak status cenggitu .. (di samping menjaga market sebenarnye)..

tp awek saya ni sangat best..
sbb die boleh tahan ngan saya yg otak senget ni..
srius die mmg tahan.. respect r kt awk..
saya pun kira best gak..sbb bole tahan ngan perangai die.. degil!!!!!..

papepun..

miss michi..
MULUTU..

SLF..

perkataan feveret .. (msg gudnite jgn lupa tau awak)..hehe

ok..lain kali tulis lagi

mahu tayang awek..

update kan diri ini untuk setahun secara ringkas


ok..
coz this blog never updated since July 2009..
a brief update bout me..
graduate on December 2009
Work in Ernst & Young since 4 January 2010 till 30 September 2010..
resign and switch job to goverment sector..
Majlis Bandaraya Johor Bahru as an accountant..

ok..simple updated.. now we go into possession of asset..
already buy dslr..sony A330 that always be with me..
already buy a car.. a nice luxury car called as Proton Saga SE..
already buy laptop.. ACER ASPIRE 4741G.. the reason why i started blogging..
already buy sunglass.. brand Safari that come with great UV protection and polarized(dont know it is a correct spelling or not..haha)..
already have insurance.. so when i die, my family can go for holiday..haha..
already have credit card..and regreting it now..


and yes.. now i have gf.. not a solo rider anymore..

so.. sgt ringkas dan padat pengupdatekan diri ini..

aku kena tulis bahasa melayu sebab surat - surat kerja semua bahasa melayu.harus praktis di sini..dan bm sastera saya sangatlah kantoi ok.. kalo setakat bahasa pasar dan carut marut tu sgtla terer.. tp sastera saya seganla..



ok.. nanti tulis lg..

Sunday, November 7, 2010

sekian lama.. sekian..

waaa.. da lama x check block..
password pun da lupa.. akan ku update blk blog ni..
sbb kerja da x byk.. internet da masyuk..
opss.. auditor dtg plak.. sambung nanti r.. tahun depan ke..
hahahaha